Friday, 15 July 2011

doa selamat

alhamdulillah segala nya berjalan lancar

sedang sibuk sedia kan hidangan 

 muka penat haihh =='

si kecil :)

bersama cousin-cousin sambung melantak

Tuesday, 5 July 2011

laugh

tengok tuu meriahh semacam kan dia ketawa ? happy a lotsss . yeahh aku juga begitu sekarangg . oikk elysartika ngan ebisyehh aku na belaja bahasa madura dengan korangg . new life new friends new experience . DAMN COOL !!

Sunday, 3 July 2011

wth


aaaa kenapa kahh ? ?
okayy banyak gilahh tanda soal dalam pale otak ni haa
ouhh best kan maen block - block orang HAHA
maen delete  - delete pun fun


 

Thursday, 30 June 2011

nukilan

Sedang aku lena diulit mimpi tika senja selepas keletihan bermain hujan melepaskan kebosanan yang melampau . yaa seronok rasanya bukan jika kembali menjadi anak kecil . apa sahaja dilakukan tidak akan dipandang serong , “ biarlah, budak itu masih kecil , biarkan dia bermain sepuas hatinya” . masih terngiang-ngiang di halwa telinga ku . anak kecil tidak mengenal erti susah , bosan , sedih . alangkah indahnya hidup mereka seringkali disulami gelak tawa yang comel . jika terjatuh pasti sang ibu mahupun ayah akan memujuk  sehingga hilang butir-butir tangisan di matanya .
Aku terjaga dengan bunyi deringan telefon tanganku , aku tidak terus mengangkat panggilan itu . aku hanya memerhatikan nombor yang tertera di skrin . tidak pernah aku lihat nombor itu . Pelik . agak lama aku membiarkan ia berdering kemudian baru lahh perlahan-lahan aku menekan butang ‘angkat’ . aku hanya diam seribu bahasa tidak mahu suara bangun tidur ku terlalu ketara didengar , fikirku . Hello , hello suara disana lembut memanggilku . Suara seorang perempuan kedengaran dihujung talian . Perbualan diakhiri dengan salam . hatiku berbunga riang , masih ada sinar rupanya . Alhamdulillah . aku tersenyum sendirian memikirkan isi-isi perbualan kami sebentar tadi. Selepas bersiap untuk menunggu masuk waktu maghrib aku duduk ditikar sejadah , merenung  tiap kesalahan kesilapan yang tidak pernah terlepas dilakukan oleh seseorang hamba Allah . Selepas bersolat aku mengambil al-quran pemberian ibu yang bewarna merah jambu . warna itu melambangkan kelembutan jiwa seorang wanita . Solat dan al-quran merupakan tiang agama seseorang muslim, melindungi kamu daripada tipu helah syaitan yang direjam , maksiat dunia yang sentiasa akan membuat kamu terleka , khayal di alam sendiri . Aku merasakan iman ku akhir-akhir ini agak goyah masya-Allah jauhkan lah aku dari perkara yang tak diingini . akan ku cuba untuk bangkit kembali  mencari , mengumpul serta menggengam semangat yang kian pudar . tabahkan lahh hati hamba-Mu ini. terlalu banyak dugaan yang Engkau berikan pada manusia kerdil ini . aku sentiasa menganggap pasti ada hikmah yang tersembunyi . hmm , teringat semula pada perbualan petang tadi , “ nanti malam orang telefon akak semula” . aku hanya mengiyakan sahaja kata-katanya . Aku menunggu dengan penuh sabar hingga larut malam namun tiada . yaa mungkin dia terlupa barangkali dan mungkin sedang asyik menyiapkan kerja sekolah . Tidak mengapalah . Setiap hari adalah suatu keajaiban . 

                                                                                                     

Tuesday, 28 June 2011

viral

  zaman era globalisasi , semua kita bole cari dengan mudah en ? ibarat dunia dihujung jari je . klik sane klik sini then da jumpe ape yang korang nak . tapayah susa-susa na beli buku bagai . tapi sumber dekat internet ta setepat yang disangka . so , ta usah laa terlalu percaya 100 % . FACEBOOK adalah antara rangkaian yang famous abad ini selepas kejatuhan myspace ( betol kan kan ? ) . seiringan dengan facebook sekarang adalah TWITTER , TUMBLR , BLOG-ing . mengikut statistik yang terbaru bahawasanya hampir atau lebih daripada 10 juta rakyat malaysia mempunyai akaun facebook dari pelbagai peringkat umur . keadaan ini akan terus pesat berkembang dan tidak mustahil angka statistik sekarang akan mencapai puluhan juta dan ke atas .

sering kali kita terdengar ade orang copy-cat fb . orang yang buat tuu korang ta kenal langsong *err yelah for sure ta kenal , kalau kenal baek p jotos-jotos aje pale dia . then hacker ni  suka hati mak bapak dia je kann amek pic and maklumat then create new akaun . DP muka pulak sebijik sebulat sesegi empat . banyak lagi bahaya ber-fb ni and benda ni antara korang sedar atau pun tidak . ketagihan yang keterlaluan bole turun kan prestasi kerja , bagi yang da kawen tuu pula sampai mengabaikan makan minum anak suami . ish ishh ta elok la camtu . camne na jadi isteri solehah . huhu

haaa tu diak ! u see leb leb aicehh budak kecik pun da pandai menggatal guna fb je punn . ta cukop fb siap skype pulakk yelaa kasi nampak muke teross  then bole bebual cakap ilebyuu , u leb me , anak na bape ekk ? haa ble na kawen . ahh sudahh . laman nie ta kurang hebat nya dalam moto yang sememang nya dicipta khas  ,  "fb  helps you connect and share with the people in your life " . yepp kita bole contact balik dengan rakan-rakan lame zaman tok kaduk dulu alaa kecik-kecik siap men guli same-same . takan ta engat kott . kekasih lame pun bole contact jugak ye dokk ?  ehemm ehemm da asek mengontek je pastu jatuh la balik cintan cintun bagai pastu curang jadah sume ouhh yang siap ade akaun fb lebih dari 1 na clean & clear kan lagi pojek curang tuu kan ? kan ? jangan tipu Allah tahuu tau . hikhik . na selit kan sikit , sikit jea ta banyak pun . oke ayat ni bole simpan sampai lubuk hati buat pedoman " syaitan sentiasa mencari masa yang sesuai untuk mencucuk jarum maksiat nya " . bukan na berlagak bagoss tapi cuma nak berkongsi ilmu buat renungan bersama . ta salah kan berkongsi malah sangat-sangat dituntut dan dalam islam sendiri pun ada mengatakannya . adios ~

Sunday, 26 June 2011

idk


 slowly everythin' gonna be okayy . stay strong . keep HEARTLESS ! hahhahahha damn cool kot . eventhou' someone hurt you , yellin' at you , mad blablabla and you will always actin cool . macam tade ape jadi . macam orang gilaa pun ade jugak kann sebab tade pasaan . So , tade aa na EMO apela and and kalau na berfikir secara rasional , hal melibat kan pasaan adalah ditegah sama sekali . am i right ? baru malaysia bole maju . yeahh 1malaysia . malaysia boleh . LOLOLOL

Wednesday, 22 June 2011

keep breathin

bukak mate
terasa kosong
buat dangg 
kau kuatt maria
terimakasehh sangatt 
dump . dump . dump
yeahh its works dude !
nops ! ta rase sangat pun actually
HAHAHA 
thanks kawan teman aku tenang kan diri :)
melayan Hitz.fm sekuat mungkin
lagu sedih ta maen aa wuuu 
aku ta jiwang okayh
hey kau ! jangan berani kau cari aku balik
kau ade paham ? haha
kalau tak aku kasi kau mati kena pijak
naik tocang ehh
kau engat kau anak raje ? na kena eskot sane sini
puihhh * hamekk balik ayat kau nehh
ta goyang pun aaa dohh 
aku begerak sendiri tapena pulak eskot kejadah ni
BOOOoooooo
uppsss terkasar pulak bahasa :D
sudah laa
semoga rahmat mengiringi langkah mu
.MAA.



Sunday, 19 June 2011

Happy Father's Day


happy father's dayy ayah . i love youu . you are my hero ever . handsome kann ayah saye ni HAHA kadang-kadang kitaorang jalan kt shopping complex then na beli barang ke (mama ta ekot )  , ade jela cashier yang menanye dekat ayah " ehh girlfriend ke nie ? " biasa owner kedai cina yang suke tanye cmtuu . kitaorang apelagi bedekah jelaa . anak dengan bapak ade p cakap cmtuu  . ishh ape je sey . huu kesabaran yang tinggi dalam mendidik kami 6 beradik yang bole la tahann degil nya masya-Allah heee pis piss biasa la tu kann ? kann ? best dad in this whole wide world ! love love a lotssssss .


Saturday, 18 June 2011

chipsmore guy

" Semuanya nampak macam perfect di permulaan cerita. Semuanya berjalan dengan lancar . Lelaki tu suka , then tackle , then dapat . Tapi bila dah dapat , laju je lelaki tu blah . Kenapa ? Di mana silapnya ?"

The real thing is , tak ada silap di mana-mana . Because , the fact is boys can get bored with you in just a second .
Too much " I love you " maybe . Have you ever heard this ? 

“ Kalau kita sukakan seseorang , jangan beritahu si dia . Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya .. Tapi luahkan pada Allah , beritahulah Allah . Allah maha tahu siapa jodoh kita .”

Dan point yang paling sakit sekali adalah " No reasons ". Dan bila lelaki tu bosan dan dahh hilang perasaan tu, mula lah diaorang keluarkan ayat :

  1. Sorry la awak. Saya rasa kita tak ada jodoh
  2. Sorry la you. Saya tak boleh kasi komitmen
  3. Sorry la baby. Awak, hubungan kita rasanya tak akan berjaya.
  4. *Or simply leave you with no kata putus.*
    " Jodoh tu dah di tetapkan . Apa yang kita perlu buat adalah tunggu . Kalau ada tu adalah ". 
    And that is so wrong. Wrong. Wrong. Wrong and damn wrong . Tunggu jodoh tu betul . Tapi kalau dah bab tanak berusaha langsung baik tapayah. Why ? Sebab jodoh adalah satu takdir yang kita perlu usaha untuk melaksanakan .

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

kita hanya berusaha dan Allah Yang Maha Kuasa menentukan dan mengizinkan segala nya =)

 semoga Allah memberkati hari-hari yang mendatang 
have a joyful weekend peeps !

Friday, 17 June 2011

fun


we're heading to Kuching untuk settle kan beberapa perkara yang penting . sewa kereta laa macam biase then amek kancil sebab paling mura . starting sume okayy then go bank kejap , betry kete tadokk pulak tiba-tiba hishh koling3 Edwin(owner kete) dia datang tuka betry ape sume aigooo naseb baek stil area D.I lagi . cunn after tuu sume berjalan lancar . singgah sane sini macam first time datang Kuching . *padahal dah bertime-time -.-' sighh




ontheway balik :
HAHA tengok tuuu . padanmukaaa kann ? ni laa dia budakbudak degil , KEDEKK melampauu tana isi minyak cakap cukop RM10 lepas da tpusing-pusing 1 bandar . haa tolak tolak jangan ta tolak . aku dahh siap masok petronas lagi na isi minyak cover perjalanan na balik takot mati tengah jalan ke apeke . siyess time drive uhh rase da tade power sangat . yang belakang sebok cakap tapayah kann. hamekk kau ! yang cakap tapayah tu laaa kene tolak kete wahahaha pengalaman manisss . aku dengan yan da tgelak-gelak macam hapee . naseb baik lagi sekali ade orang lalu sudi tolong beli kan minyak ape sume . seronokkk sangattt =)  iloveyouu so muchhh muah muahh

Thursday, 16 June 2011

ilyouu

oikk hye peeps ! super duper pemalas na meng-update blog sebenar nye aku ni . err apsal maken terpusing ayat BM aku nie ? oke abaikan .
Sepanjang 2minggu Sem 3 kt UiTM Sarawak nie happy gilahh , yela dalam 1 ari tapena ta ketawa , sure lahh memanjang ade je buat lawak bodoh yang ta terhingga . sayangg sampai gunung everest dekat macik-macik nie
leeya izyan faa wani

pika niza 
korang BEStt ! kuat gelak kuat nganjeng bagai  . belaja rajin rajin kasi dekan tauu . opss last but not least fyi  aku sedaya upaya sehabis kudrat untuk tidak bercerita tentang masalah negara yang melanda aku dan seangkatan dengan nya . personal is personal . ta elok nyahh na bercerita sakan sane sini huhu . sekian



Sunday, 29 May 2011

grr

haaa bole pun log in blog nie setelah berhari-hari mencuba . pfffttt .

Friday, 20 May 2011

di siang hari :

& other else..


di malam hari :

jadi cigu dalam umah jea . ta perlu jadi cigu sekola lagi . mati anak orang aku keje kan nanti . huhu . yepp sekarang tengah musim peperiksaan en bagi budak budak sekolah . minggu nie sekolah agame next week sekola kebangsaan pulak . euwww bukan senang na kasi budak yang super degil lagi hyper dengar cakap . haa betol kan ? na kena pandai treat diaorang nie . ehemm tapi adik aku lelaki so tade masalah sangat . senang aje . pegang je raket badminton *acah acah je ponn supaya dia lebih tekun belaja . see garang kann aku nie . haa jangan maen2 tauu . HAHA alaa adek , akak bukan na dera tapi na kasi adek cemerlang je , tu punn kalau lahh cemerlang . busyy nokk dok uma .

*p/s : rakan rakan seperjuangan kalau na hangouts please please DING me okayh ! tapi on weekend je free haiyoo bukan lupa kawan or what just busyy . tamo amek hati tauu . texting or calling then timing nanti bole arrange lagi cehh macam PM pulak dahh . okeoke taking care !

Thursday, 19 May 2011

marriage


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sunday, 15 May 2011

ssf

SSF HOME DECO MART  with mama di petang ahad yang ceria . mama said , ' kakak teman mama cari curtain jom ' and i just said 'okayh !'  firstly pergi JAKEL dekat area skudai sane . mak oihh penohh orang sebab arini last lelong gila-gila apejadah ntah lagi dia tules . abes sume tangga dalam jakel tu kitaorang daki . phewww , tade yang memuaskan hati mama . oke then gerak pergi SSF pulak dekat area pelentong sane .

 you see this ! bole la tahan kann lawa dia

yang ni punn cunn . oke curtain camni da tempah untuk bilik budak2 . 

banyakk gila kot curtain sampai tatau na pilih mane satu . ta bekedip mate cari mane yang paling best and sesuai dengan color wall .

tengok sane pusing sini woaaa macam-macam ada dari dapur sampai la ke bilik tido punye deco . kacakk bangett !

 
 aw cak ! aw cak ! huahua curtain camni seksayy sangat laa . bahye bahye  . hmm banyak lagi barang belom cari for new hommie . yupp uma maseh dalam proses na siap . can't wait for it .

Saturday, 14 May 2011

cak cak

uik uik aa bole pun buka bloggie nie . dat day na updates then time tu laa blog bole unvailable ape sume . time tengah mood MALAS menebal tana pulak an dia rosak ==' err rosak ? oke foinee melalut suda . woaa penat dah nie . tenaga da tinggal setengah bar . 



wayangg lagi ahaa memang lenjan muvie memanjang laa . ape HOT movie laju-laju p tengok . euwww sungguh sangat awesome ! Dia punye lawakk ta hengatt dunia . koyakk mulot ketawe jea . sam saizey 0oo tatau aa na eja name dia , pakai bedal jela . psstt psst comel HAHA 


 your my cuppy cake skelup skelup skelap skelap gahaha ape siaa aku nyanyi nie . tade ape na buat sementara cuti-cuti nie selaen dari ta melekat kat rumah so kitaorang ( nisa & me ) plan na belajar buat cupcake . yupp dari ta tahu langsung then ape salah nye mencuba dan belajar kan . sedap ke tak tu belakang punye cerita okayh ! oke bye bye da abes da story . nanti nanti kalau rajin kite updates eh ehh.

Wednesday, 11 May 2011

sekodeng3



0ooo apekahh ? 

p/s : i'm a good stalkers too 
ha ha ha


 

Monday, 9 May 2011

celebrating

 From all of us on Mother's Day && dalam kad tuu tepat tepat ade enam gambar kiddo.mewakili setiap sorang yepp :)

  cake from Season . super YUMMYY . flavor vanilla ice-cream.haa sedap kannnnn

 tersangat la SIMPLE celebrate mother's day. tade ongkoss yang besaa yaa dongg. apepunn we LOVE youu double triple much mom <3

sape sey nie ? aaa ta kenal ta kenal ==' haiyaa budakk ni na jadi model celah mane jelaaa . mulot comot dengan krim kek alahaii budak-budak HAHA muahh muahh sket meh nuha comel . ilebyuu lil sissy

Sunday, 8 May 2011

awesomeee !


 Fast five awesomee bebeh ! Go go p tengok muviee nie. sumpahh bestt.


Nokia C3 huhu dapat jugak akher nyee GANTI kan henset lame yang da berabad kot pakai since 2006 . wuu henset lame tuu sangat berjasa even da  jatoh beribu kali dia tetap tahann.tapi sekarang da ta larat na tahann agak nyee. speaker da pecahh ouhh so bad.mane tak nye, bangon pagi je tengok-tengok henset da bawah katel.lol saye tido berpusing 360 darjah keee ?


 
Mama we love youuu so muchhh. Happy Mother's Day yeahhh my pretty mama  <3

Saturday, 7 May 2011

SR

ehemmm hari ke-3 dekat JB and and rutin bermula setelah sekian lame ditinggal kan.LOL !  rutin ape ? aaa biase laa kan bile da ade LESEN kete memang laa mama ngn ayah buli suroh amek mok la , apip la, anfal la , baby la apela haa tu diaa askar-askar yang bederet. Da macam macikk GBS ekk. tapi tape takesaa cause i loikeee it very muchh . ahaaa sambil menyelam minum air ye dokk. kena pulakk saye kaki jalan sememang nyee besh bole singgah p sane sini suke ati . huu tamo jelesss eh ehh.so, sume shopping complex laa akan diterjah.

 After melantak kt VIVO dengan macik NISA singgah SR japp saje an na melawat tempat keje lame zaman tok kadokk dulu ahaa time time lepas SPM.kejapp sangatt keje situ ta sampai sebulan.hee penatt wehhh plus da na masok U an dat time. keje sukesuke buat tambah pengalaman kann.besh besh.

okayy da masokk SR takan jengah je kutt ? then beli sebijik je kek yang flavors baru tapi tade la baru sangatt haa. staf staf lame yang kat situu tegor huhu segannn saye. dari jaoh da jerit "maria ulfaaa" woahhh tersipu sipu i tauuu. da puas menilik sume jenis kek lastly choose beli  STRAWBERRY MARHMALLOW CHEESE CAKE alaa yang macam pic atas tuu. hmm sedapppp. TRY laa . ta rugi punn. otw na kua kan duet na bayar then supervisor kasi diskaun untuk kek tuu sebab dulu pena keje situ kann .wuhuu kalau tauu na kasi diskaun, awal2 aku p bedal sepuloh teross.haaa hamek kauu rakus ta rakuss laa an. oyh suke kutt kek.yumm yumm

Tuesday, 3 May 2011

facebook

Facebook tempat na stalk orang HAHA tengok sane tengok sini . Kadang kadang bosan sebenar nye kann layann fb . For me laa tatau korang camne an. Masing masing punya cara la. Tapi kat situ jugak laa bole dapat latest info dari kawan2 yang rajin meng-update . Fiuuu arini adelah hari terakhir berade kat sarawak bumi kenyalang and im gonna mish u HEE see u soon on third semester yeahhh. Johor Bahru u gonna made my day beautiful okayh !

Monday, 2 May 2011

helo peeps !

Hai hai , new blog yepp. Okayy untuk blog yang kali nie saye akan lebih berhati-hati dalam penulisan saye errr sounds skema kann ? Done. This is my blog then sukahati laa na tulis ape. Huhu na tau kenape saye cakap camtu hmm sebab sebab dulu an adela yang mempertikai kan ape yg ade dalam blog tuu then malas na amek pusing so jalan termudah delete sahaja lahh. Mulot tempayan bole tutop, mulot orang sape na tutop kan ? haa aku tanak tutop kan. Stop bubbling maria =='...  Nops! I love to TALKs . Teetttt ape nih tbe2 macam tade kaitan pulokk. Ignore ignore. 

Sekarang saya rase sangat lahhh na menggigit makanan . Fyi ,  gigi geraham belakang dalam proses na tumbohh. Baby teeth lagi aw aw comel je kann. Macam budak kecik na tumboh gigi then pasan ta diaorang kalau bole segala benda na giget. Aaaa tapi  saye tade la sampai tahap tuu ehh.Disebab kan dulu pena pakai braces so dentist suroh buang gigi geraham tuu.Aduyy lemah betol laa bab bab cabot gigi nie. Lol first post da citer pasal gigi ? Alahai maria oyy ta mnyaba bebenor kau nie. Hee okay okay do read my bloggie and enjoy it yup fellas.