Sedang aku lena diulit mimpi tika senja selepas keletihan bermain hujan melepaskan kebosanan yang melampau . yaa seronok rasanya bukan jika kembali menjadi anak kecil . apa sahaja dilakukan tidak akan dipandang serong , “ biarlah, budak itu masih kecil , biarkan dia bermain sepuas hatinya” . masih terngiang-ngiang di halwa telinga ku . anak kecil tidak mengenal erti susah , bosan , sedih . alangkah indahnya hidup mereka seringkali disulami gelak tawa yang comel . jika terjatuh pasti sang ibu mahupun ayah akan memujuk sehingga hilang butir-butir tangisan di matanya .
Aku terjaga dengan bunyi deringan telefon tanganku , aku tidak terus mengangkat panggilan itu . aku hanya memerhatikan nombor yang tertera di skrin . tidak pernah aku lihat nombor itu . Pelik . agak lama aku membiarkan ia berdering kemudian baru lahh perlahan-lahan aku menekan butang ‘angkat’ . aku hanya diam seribu bahasa tidak mahu suara bangun tidur ku terlalu ketara didengar , fikirku . Hello , hello suara disana lembut memanggilku . Suara seorang perempuan kedengaran dihujung talian . Perbualan diakhiri dengan salam . hatiku berbunga riang , masih ada sinar rupanya . Alhamdulillah . aku tersenyum sendirian memikirkan isi-isi perbualan kami sebentar tadi. Selepas bersiap untuk menunggu masuk waktu maghrib aku duduk ditikar sejadah , merenung tiap kesalahan kesilapan yang tidak pernah terlepas dilakukan oleh seseorang hamba Allah . Selepas bersolat aku mengambil al-quran pemberian ibu yang bewarna merah jambu . warna itu melambangkan kelembutan jiwa seorang wanita . Solat dan al-quran merupakan tiang agama seseorang muslim, melindungi kamu daripada tipu helah syaitan yang direjam , maksiat dunia yang sentiasa akan membuat kamu terleka , khayal di alam sendiri . Aku merasakan iman ku akhir-akhir ini agak goyah masya-Allah jauhkan lah aku dari perkara yang tak diingini . akan ku cuba untuk bangkit kembali mencari , mengumpul serta menggengam semangat yang kian pudar . tabahkan lahh hati hamba-Mu ini. terlalu banyak dugaan yang Engkau berikan pada manusia kerdil ini . aku sentiasa menganggap pasti ada hikmah yang tersembunyi . hmm , teringat semula pada perbualan petang tadi , “ nanti malam orang telefon akak semula” . aku hanya mengiyakan sahaja kata-katanya . Aku menunggu dengan penuh sabar hingga larut malam namun tiada . yaa mungkin dia terlupa barangkali dan mungkin sedang asyik menyiapkan kerja sekolah . Tidak mengapalah . Setiap hari adalah suatu keajaiban .






